'Salam. Nama saya S. Dapat nombor dari kawan saya H.'
Camtu ja cara salam perkenalan kitorang. Hari Jumaat, pukul 9 lbh pagi aku received mesej dia. Masa tu dekat klinik (biasa pt xramai hari Jumaat).
Actually H tu husband I. I kawan masa dari kutpm (now MSU), sambung frenship lagi kat Padang, Indonesia. Dan walaupun gempa bumi segala macam, kami terus sambung frenship, jadi housemate, study mate dekat CUCMS pulak.
I and suami dia H yang kenalkan kami. Alhamdulillah kami dua tak menghadapi banyak masalah atau pun liku2 yang begitu onak ranjau dan berduri in relationship sebelum kahwin. Amboi bahasa melayu ko! Hyperbola sangat!! Hehehee..
Aku dan dia sama-sama easy going. Lambat mesej xsentap, tak call takdak kecik2 hati. Tak pernah ada niat untuk sakitkan hati untuk dapatkan perhatian sebaliknya saling mnjaga hati. Rasa lain dan selesa kali ini. Mungkin faktor usia, i mean dua2 da matang.. Segan nak rajuk2 keling nih... Gaduh2 mcam cat and dog.. Buang masa.. Buang masa!
Kali ni memang syukur alhamdulillah aku jumpa lelaki yang normal dan baik. Sangat baik, (sebab dia lagi baik dari aku) , so kena admit lah dia seorang yg sangat baik. Dan pemurah. Ok sangat pemurah. Huhu.
Di pendekkan cerita, ni tarikh2 penting yang aku ingat lah yang berlaku sepanjang perkenalan kami sampai laaaaaaa kami dinikahkan oleh Allah swt. Aminnnn, syukur alhamdulillah dipertemukan dengan dia, S.
8/4/16: first salam perkenalan
3/6/16: first met. Aku amik dia kat komuter ukm. Dating kat bangi gate way. Esoknya 4/6/16 sent him to airport dia ada trip ke taipei.
1/7/16: 2nd dating. Dia ambil di airport, kitorg berbuka sama2, then dia hantar aku balik depan rumah semenyih. Tak masuk pun. Suruh dia hafal lokasi rumah sebab dia kata nak datang beraya. Dalam hati 'biar betul mamat ni, baru je kenal, nak datang rumah dah, huhu.. ' terus dia balik kelantan. Sambut raya kt kg.
9/7/16: Dia drive dari kelantan, nak datang beraya. Tp dia check in hotel dlu. Mandi kasi wangi2 dan rest sekejap before jumpa bakal pak mentua, dan ipar. Koh3 . Ni kali ketiga kami jumpa, dan terus dia dtg beraya nak kenal2 my family. Im impressed. U r the man! Kalau nak compare... Ups benda lama jangan diungkit/kenang/dibanding...๐
1/7/17: merisik dan terus bertunang. First time dua family bertemu.
17/12/17: Resepsi di bukit mahkota clubhouse
Okey, tu je nak citer ada apa dengan 8 april.. Heeee... Suatu tanggal haribulan yang manis untuk diingat dan diabadikan dalam memori hidupku.. Acece. Luv u S. Semoga menjadi suami yang terbaik untuk saya. Dan saya akan sentiasa akan berusaha menjadi isteri yang terbaik untuk awak. ๐๐๐