Tuesday, December 3, 2019

evenflo waav: stroller harga ratus tapi standard ribu2..

salam,

lama tak update blog.
just nak share review untuk beli stroller baby... dari newborn reyhan dah pakai stroller ni..first time guna, g jalan2 wetex., muar. mak nadia nak cari beg, kak tina nak cari kasut...reyhan baru day 20-an..dalam pantang lagi aku dah kluar g supermarket..huhu...

mula2 proses nya , study semua reviews berkenaan stroller : ringan, mudah untuk travel, boleh lipat dan akan terhasil saiz paling kecil...all these reasons sebab pikir nanti nak g visit papa dia di Korea, senang nak mengangkut masuk flight etc..

dari all reviews ,paling ringan gb stroller yang kaler hijau petronas tu, rm1k plus.. haih

bukan nak kedekut, tp risau kalau beli mahal2, then baby tak nak duk lama2 dalam stroller, dah nnt ko mnyesal...

jadi trus kan study untuk tengok2 yg ada ciri2 yg dikehendaki, tp harga so-so la org kata...

shopee dan lazada paling membantu pencarian untuk comparing the price..

make it short.. finally, saya dapat brand evenflo waav pada harga rm299+postage rm30.. masa tu tinggal lagi beberapa buah saja.. study kt u tube, masa awal2 stroller ni kluar, harga cecah ribu2 jugakkk...

so now dah beli, dah pakai, mmg puas hati, ringan nak angkat dan tolak, nak bukak dan lipat pakai satu tangan pun boleh

so yang mencari stroller, bajet rm300, ini la yg terbaik untuk poket uolsss... evenflo waav!

pada yang ada bajet lebih besar, boleh je nak cari yang lebih canggih+melekat di hati... heeee...

aku bab2 barang baby, nak beli, kena pikir nak pakai lama ke tak, ada possibility kalu baby xnak pakai, etc,..

buat apa beli yang mahal2, kalau ada yg berbaloi dgn duit poket kita?? ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ


Saturday, April 7, 2018

8 april..

Esok 8 April.. Ada apa dengan 8 April?

'Salam.  Nama saya S. Dapat nombor dari kawan saya H.'

Camtu ja cara salam perkenalan kitorang.  Hari Jumaat,  pukul 9 lbh pagi aku received mesej dia.  Masa tu dekat klinik (biasa pt xramai hari Jumaat).

Actually H tu husband I.  I kawan masa dari kutpm (now MSU),  sambung frenship lagi kat Padang,  Indonesia.  Dan walaupun gempa bumi segala macam,  kami terus sambung frenship, jadi housemate,  study mate dekat CUCMS pulak.

I and suami dia H yang kenalkan kami. Alhamdulillah kami dua tak menghadapi banyak masalah atau pun liku2 yang begitu onak ranjau dan berduri in relationship sebelum kahwin. Amboi bahasa melayu ko!  Hyperbola sangat!! Hehehee..

Aku dan dia sama-sama easy going.  Lambat mesej xsentap,  tak call takdak kecik2 hati.  Tak pernah ada niat untuk sakitkan hati  untuk dapatkan perhatian sebaliknya saling mnjaga hati.  Rasa lain dan selesa kali ini. Mungkin faktor usia,  i mean dua2 da matang.. Segan nak rajuk2 keling nih... Gaduh2 mcam cat and dog.. Buang masa.. Buang masa!

Kali ni memang syukur alhamdulillah aku jumpa lelaki yang normal dan baik.  Sangat baik,  (sebab dia lagi baik dari aku) , so kena admit lah dia seorang yg sangat baik. Dan pemurah. Ok sangat pemurah. Huhu.

Di pendekkan cerita,  ni tarikh2 penting yang aku ingat lah yang berlaku sepanjang perkenalan kami sampai laaaaaaa kami dinikahkan oleh Allah swt.  Aminnnn,  syukur alhamdulillah dipertemukan dengan dia,  S.

8/4/16: first salam perkenalan

3/6/16: first met.  Aku amik dia kat komuter ukm.  Dating kat bangi gate way.  Esoknya 4/6/16 sent him to airport dia ada trip ke taipei.

1/7/16: 2nd dating.  Dia ambil di airport,  kitorg berbuka sama2, then dia hantar aku balik depan rumah semenyih.  Tak masuk pun.  Suruh dia hafal lokasi rumah sebab dia kata nak datang beraya.  Dalam hati 'biar betul mamat ni,  baru je kenal,  nak datang rumah dah, huhu.. ' terus dia balik kelantan. Sambut raya kt kg.

9/7/16: Dia drive dari kelantan,  nak datang beraya.  Tp dia check in hotel dlu. Mandi kasi wangi2 dan rest sekejap before jumpa bakal pak mentua,  dan ipar. Koh3 .  Ni kali ketiga kami jumpa,  dan terus dia dtg beraya nak kenal2 my family.  Im impressed.  U r the man!  Kalau nak compare... Ups benda lama jangan diungkit/kenang/dibanding...๐Ÿ˜‚

1/7/17: merisik dan terus bertunang.  First time dua family bertemu.

16/12/17: Nikah
17/12/17: Resepsi di bukit mahkota clubhouse


23/12/17: Majlis kesyukuran belah kelantan

Okey,  tu je nak citer ada apa dengan 8 april.. Heeee...  Suatu tanggal haribulan yang manis untuk diingat dan diabadikan dalam memori hidupku.. Acece. Luv u S.  Semoga menjadi suami yang terbaik untuk saya.  Dan saya akan sentiasa akan berusaha menjadi isteri yang terbaik untuk awak.  ๐Ÿ’˜๐Ÿ’˜๐Ÿ’˜

Sunday, April 1, 2018

Jkns to jknj. Alhamdulillah. 31/3/18

2/4/18: tb.

16/12/17: kawen.  Ramai tanya da minta tukar/pindah? I just smiled and say i will mohon. Lalalala.. Why they dun ask the same question to my husband? ๐Ÿ˜‚ So paham2 sendiri u r the one to apply. ๐Ÿ˜‘๐Ÿ™†

26/1/18: Sent the application form to Kudat and bos noted.

2/2/18: Received back the application form in good condition tru Dandun's driver. Alhamdulillah the usual p.i.c also worked smooth and helped me. ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ. Bos da sign yeay,  bos da sign yeay!  But...  must with pengganti

5/2/18: Went to JKNS to send the form

23/2/18: Timbalan pengarah Kesihatan Negeri Sabah came to Kudat for a visit/meeting. With bare face and increased inches thickness๐Ÿ˜…, plus palpitated heart, i personally asked him very politely huhuhu did he receive and sign my form?  He said YES!! Im blushed, nasib tak pengsan. (Siapalah aku..siapalah aku nak tanya dia da sign belum my form!- bergegaq lutut wei)

Immediately called the jkns to hold my form,  but they sent it. I asked for the copies. No matter what,  i wanted to do it on my own.  Bought the pricey flight ticket ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ.  I wanted to go and send it myself next week,  as the p.i.c KKM said,  to be on her table before/by 1-2 March 2018.

26/2/18: Went to JKNS to take my form. Form was signed and stated 'pengganti kemudian'..๐Ÿ˜ญ terharu dan bersyukur.

27/2/18: Drove again to KK,(semalam punya penat belum habis) arrived Selangor 10pm

28/2/18 early morning went to KKM to send the form by hand then went back to Sabah at 0515pm.

31/3/18: Result: positive.  ๐Ÿ˜ญ

#umusthaveclearcutdecisionandworkhardforit
#followrapat2
#dunplay2

Tuesday, December 20, 2016

Finally Day 4 in Bandung

Oleh kerana hampir sebulan sudah memori pergi bandung hari tu,  aku hampir terlupa pasal hari keempat kat sana.. Ngeh3.. Tp xpa,  no expiry date kan..  Ill complete the story naaaa..

Hari keempat,  pagi2 melingkar lamaaaa atas katil,  bangun kemas2 hasil tangkapan (dalam erti kata bukak-belek-senyum berangan puas hati-lipat balik kain-simpan kemas balik) ..pastu bukak pintu bilik pulas inn,  amik makanan,  makan atas katil (so free of my mind)..  Haha.. Xyah pikir pasal kerja..

Okey make it short,  pak ratno amik kitorg after dia solat jumaat,  first kitorg g makan bakso special.. Nyum3x..sedapppp...  then kitorg pergi kedai perfume,  pastu kartika sari lagi,  pastu xigt lepak shopping complex mana ntah,  then kitorg headed to airport. Bayar rp150k, ada org tlg angkat barang n tolak troli..

Sampai airport awalnyerrrrr la.. Lepas bungkus plastik the bag, kitorg kluar airport pi makan nasi ambel ka nama.. Pastu masuk balik,  kena scan balik hand luggage.

Then fly balik malaysia.

Ok,  entry boring,  ye la exciting in bandung dah faded away daaaa time ni..

Bila la dapat g lagi.. Nak g kawah putih n bamboo restaurant.

Thursday, November 10, 2016

Bandung Trip Day 3

Okey pause sekejap shopping
Kita gi jalan2ing.. to make it packed but memorable,  we choose LEMBANG. first place we shoot is

FARMHOUSE
It is like colmar tropicale in bukit tinggi..  Masuk sorang Rp20000. Kitorg g 3orang Rp70000, Rp10000 for voucher untuk tukar dgn susu nanti. Biarla gambar yg berbicara eh







DE RANCH
tempat ala2 cowboy.. Ada games and can riding horse. Tiket masuk Rp15000..also ada voucher minum.. Tp kami semua lupa nk minum and da full with the farmhouse milk just now. 

FLOATING MARKET
Ala.. Tak ingat brapa rega tiket.. Tp ada minum gak.. Aku beli bracelet.. Ngeh 





Dan paling tak leh lupa,  last2 sempat back massage kat floating market nih... Sedapppp dan murah plak tu... Kruk krak tulang blkg aku bunyi2 kne pijak.. 
My cuzin n me amik yg Rp55000 back head shoulder and hand..tirah amik kaki ja.. Pun Rp55000. Xpakai minyak,  xyah bukak baju/shawl..even dia lapik kain on the back but still sedap massage dia.. Gila gagah perkasa jari-jemari masseuse tu.. Hehe. Okey da 3pm lebih still tak #moveon. Sempat la lapik perut dengan pisang cheese and batagor.. Okey,  batagor die not bad,  makan panas2 and kuah kacang die pedasss!! 

KAMPUNG DAUN
okey,  once again.. Lunch lambat.. Nak kul 5 kami shoot ke kg. Daun.. Dusun bambu tak sempat.. Huhu

Kg daun sangat cantik menghijau,  makan ala2 dalam pondok yg ada white curtain,  with cushions,  sebelah ada sungai.. Bunyi air terjun,  pastu hujan plak time tu.. Mbuatkan sangat la tenang dan sejuk.. Waaaa xtahu cmne nak gambarkan.. Kne experience sendiri.. 





Lepas da kenyang kami pergi balik bandung exclusive textile untuk beli lace kak yatie pulak.. 

Yang ni semeter Rp440000 sebab bunga die penuh manik.. Amik semeter setengah saja sebab kak yatie nak tampal saja atas baju nanti.. 

Lepas tu seberang jalan kami hunting lagi baju tshirt.. Aku beli t-shirt CK kelabu for him,  coral for me.. Againnnnn mata aku kali ni berkenan kelabu/coral/dusty blue/purple.. Dusty blue yg diidamkan xberapa nak dpt.. Hahaha.. Kain dusty blue xdpt,  kain ada lace sikit2 kaler dusty blue pun kirak okeh la.. 

Then balik pulas inn packing barang2 dan tidur..  Zzzzz - THE END -

Bandung Trip Day 2

Bangun pagi,  pulas inn anto nasi uduk depan bilik.. Makan atas katil king like the princess.. Haha

Siap2 then pak ratno dah tunggu kami kat bawah pukul 9. Kami trus shoot ke pasar baru.. Aku beli telekung untuk mak ipoh n kain sulam untuk aku and nor and kain pelekat untuk ayah,  adik, hafiz and abg fendi..

Murah la.. Kain sulam aku amik kaler coral,  blue black and white grey.. Again kaler grey.. Lepas ke pasar baru kami bru teringat nk lunch. Time tu dah pukul 3pm lbh,  kat malaysia ibarat dah pukul 4 ptg.. Lapaq bukan main.. Kami makan ayam penyet bakar dekat Kedai Belacan.
Lepas makan,  tirah nak pergi balik kedai m collections,  nak cari lagi kain2 sulam nak buat jubah.. Aku n cuzin niat turun nak teman tirah jerrrr... Tapi.. Tapi... Hahaha,  mata kami jugak meliaq n nafsu bergelora tgk all the kain sulams.. Aku amik jugak satu,  kaler pic kelabu.. Soft sgt kaler tu n aku sgt berkenan.. 3x aku duk tenung,  besar kecik besar kecik je nampak.. Pegang lepas pegang lepas kain tu.. Dalam hati berkata,  satgi xamik,  nnt dah balik duk teringatt!!!  Hahahaha. Gambar kain pic kelabu tu ada dlm gmbr kat atas..  :)

Then balik la pulas inn.. Hujan lebat sangat so kami balik ptg ke homestay.. Lagi pun malam nanti ada tailor nak dtg amik ukuran.. My cuzin nk tempah baju daaahh.. Murah jugak sepasang dia amik Rp170000 and sepasang baju renda with lining Rp270000. Tempah malam ni esok da siap.. Memang ko sedia duitttt je.. Apa nak pasti dipenuhi keinginan.

The end..
# Short and sweet je day 2 ni sbb seharian dah spend dekat pasar baru..

Bandung Trip Day 1

Departed from klia and arrive bandung
BANDARA HUSEIN SASTRANEGARA BANDUNG:
Sampai je airport,  pak ratno dah tunggu di airport

BANDUNG EXCLUSIVE TEXTILE
Pak ratno terus bawa kami ke bandung exclusive textile.. Banyak giler kain lacey yang cantik2. Harga memang murah la kalau compare dengan kat malaysia-jakel

Sempat beli 3 pasang lace-perancis, lembut kain tu but polos no manik,  no labuci semeter Rp200000 (rm68, kadar tukaran wang=2900) ,  lining Rp60000 semeter and chiffon Rp35000 untuk aku,  nisah and adik syahir sefamily tmasuk iman and kak yatie. Diorg nak wat raya sedondon.
 Then lepas tu kitorang pergi lunch nasi padang.

M COLLECTIONS
Lepas lunch pak ratno bawa pergi kedai kedua,  kedai kain sulam m collections.  Kami tengok2 tapi tak beli sangat sebab esok plan nk g pasar baru.  Kitorang borong t-shirt bandung ja..  Rp20000 jer..  
T-shirt for him and me.. Hehe..  But size L sangat la sendat untuk aku..  Huhu.. Sesuai dengan harga dia,  kainnya so-so sajer.. 

MARTABAK SAN FRANCISCO
Then kitorang gi pekena martabak san francisco. We all order martabak sapi spesial Rp110000, and martabak manis - coklat,  kacang dan keju Rp40000. 

Lepas makan kami balik Pulas inn untuk berehat n tidoo.. Penat sudah..  Bilik kat pulas inn selesa,  xpakai aircond,  pakai kipas tp sejuk baq hangggg..  Dun worry.. Ok,  the end